Friday, May 30, 2008

Tg Agas, PD & Parit Limbong

Malam ni Bro akan bertolak ke Kg Tg Agas Port Dickson untuk meraikan perkahwinan Huraizah (anak sedara wife Bro) & Huszaimy. Kena rewanglah malam ni nampak. Tolong ler sikit sikit apa yang terdaya. Harap esok tak hujan & tak banyak lalat & tidak berlebih lebih nasi /lauk pauk.

Petang esok Bro akan ke MUOR pula...dah sekian lama tak balik. Dengar kabarnya kat kampung Bro, ada jiran berhampiran buat kenduri kahwin. Kalau tak ada aral melintang, Bro akan datang. Lama betul tak join kenduri kahwin kat kampung. Pasti teringat kisah-kisah suka duka semasa kecik/dewasa semasa kenduri kahwin especially bila ada awek yang menarik perhatian semasa kenduri tu.

KP & anak-anak BOB juga akan balik MUOR dan akan jumpa kat sana ....kasi havoc rumah Cik Semah.

Plan nak DIY/DIT hose Cold Air Intake kereta bro kat rumah black@wise di Parit Nipah. Harap depa boleh kuangkan masa untuk kereta Bro. Risau juga maklumlah time kenduri kahwin sekarang. Kalau tak sempat juga makan terpaksa bro ambil hose tu dan buat DIY kat KL.